Wednesday, September 21, 2011

AKIBAT PERGAULAN BEBAS ( CARA, KESAN DAN CARA MENGATASI )

PONTENG
CONTOH :
Ponteng sekolah : Tidak hadir ke sekolah
Ponteng kelas : Tidak mengikuti sesi pembelajaran walaupun hadir ke sekolah, Ponteng perhimpunan,  sembahyang dan kuliah.
SEBAB 
Sikap pelajar yang tidak mengambil berat terhadap pelajaran. Merasakan pelajaran itu susah dan membosankan. Perkara lain lebih seronok untuk dilakukan selain belajar.
KESAN
Kemunduran di dalam pelajaran. Terdedah kepada pengaruh luar sekolah dan jenayah.
CARA MENGATASI
Ibu bapa memberi perhatian terhadap prestasi pelajaran anaknya. Ibu bapa seharusnya mendengar dan menyiasat maklumat yang dimaklumkan oleh pihak sekolah mengenai anaknya. Kerjasama masyarakat dalam memaklumkan pihak ibu bapa dan sekolah sekiranya terjumpa pelajar yang ponteng. Kaunseling bagi remaja yang ponteng.

MEROKOK
CONTOH
Membawa rokok ke sekolah. Menghisap rokok di kawasan sekolah. Menghisap rokok di luar kawasan sekolah.
SEBAB 
Ingin kelihatan 'cool' dan lebih dewasa. Terpengaruh dengan rakan sebaya dan lebih dewasa. Ingin mencuba sesuatu yang baru.
KESAN  
Wang saku yang dibekalkan ibu bapa digunakan untuk membeli rokok. Rakan yang tidak merokok dijadikan mangsa untuk membawa rokok ke sekolah. Remaja mula memeras ugut pelajar lain bagi mendapatkan wang untuk membeli rokok. Kesan dalaman yang lebih bahaya ialah barah paru-paru.
CARA MENGATASI 
Menyedarkan remaja mengenai bahaya merokok menerusi kaunseling
dan ceramah. Mengadakan kempen anti-rokok di peringkat sekolah. Ibubapa tidak seharusnya memberi wang saku yang berlebihan.

VANDALISME
CONTOH  
Mengoyakkan buku-buku teks dan perpustakaan. Menconteng dinding bangunan, bas dan tempat-tempat awam. Merosakan bangku, meja, telefon dan pondok telefon awam, tandas awam, papan tanda dan lain-lain lagi. Memecahkan tingkap dan pintu sekolah.
SEBAB  
Golongan remaja yang terlibat mempunyai konsep kendiri atau harga diri yang rendah.
Ingin mendapatkan perhatian daripada sesiapa jua kerana merasakan dirinya terbiar. Melepaskan perasaan marah dan geram akibat tertekan.
KESAN 
Banyak harta benda sekolah dan awam musnah. Menyusahkan pengguna-pengguna lain.
Mencemar persekitaran dengan grafiti yang biasanya menggunakan kata-kata kesat dan lucah.
CARA MENGATASI  
Mengenal pasti pelajar yang sering memberontak di dalam kelas. Ibu bapa dan guru perlu meluangkan masa untuk berbual dan bertanya masalah dengan remaja agar mereka merasakan diri mereka dihargai. Memberi kesedaran menerusi kaunseling mengenai kepentingan menjaga harta benda sama ada harta benda sendiri mahupun harta benda awam.

GANGSTERISME
CONTOH 
Kumpulan samseng sama ada di kalangan remaja lelaki atau perempuan.
SEBAB 
Kurang mendapat perhatian dan kasih sayang menyebabkan remaja mencari tempat untuk meluahkan perasaan. Remaja mudah terpengaruh dengan rakan sebaya. Sikap suka membuli orang lain. Tidak senang dengan kesenangan orang lain.
KESAN
Remaja memiliki sifat-sifat negatif. Remaja terpesong pegangan hidup. Pemikiran remaja dipenuhi keburukan. Menimbulkan pergaduhan. Berlakunya peras ugut.
CARA MENGATASI  
Pihak sekolah handaklah bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti polis.
Masyarakat setempat juga perlu memainkan peranannya kerana kegiatan gangsterisme ini menular dalam masyarakat bukan sahaja di sekolah. Ibubapa perlu mengambil berat mengenai pergaulan anak-anak mereka. Perubahan tingkah laku biasanya menunjukkan anak-anak terlibat dalam sesuatu yang tidak diingini. Melatih anak-anak dari kecil untuk menghormati dan menghargai orang lain.

LEPAK
CONTOH Menghabiskan dan membazir masa di kompleks-komples beli-belah.
SEBAB Bosan terhadap pelajaran. Kurang mendapat perhatian guru. Pengaruh persekitaran dan pergaulan. Sikap tidak mengambil berat dan tidak bertanggungjawab terhadap diri sendiri.
KESAN Pembaziran masa dan wang kepada perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah.
Memudahkan lagi remaja terjebak dengan gejala sosial yang lebih buruk kerana pengaruh rakan-rakan lepak mereka. Melahirkan generasi yang tidak bertanggungjawab dan akhirnya akan menjatuhkan martabat negara.
CARA MENGATASI Ketahui masalah remaja melepak dan fahami perasaannya. Memberi galakan dan semangat untuk membentuk nilai-nilai positif Menasihati remaja melalui forum, seminar disiplin dan media massa yang berkesan contohnya internet.

PERGAULAN BEBAS
CONTOH Mengunjungi pusat-pusat hiburan seperti pawagam, disko dan lain-lain lagi. Keluar mengikut sesiapa sahaja kenalan mereka tanpa mengira lelaki atau perempuan.
SEBAB Tidak mendapat kasih sayang sepenuhnya daripada ibu bapa di rumah. Ibu bapa tidak prihatin terhadap pergaulan anaknya dan membiarkan mereka keluar dengan sesiapa sahaja.
Mencari tempat untuk mendapatkan kasih sayang. Terpengaruh dengan budaya barat. Ingin mendapatkan keseronokan bersama rakan-rakan.
KESAN Pergaulan bebas membawa kepada hubungan seks rambang. Berlakunya kes-kes remaja perempuan mengandung di luar nikah. Berlakunya gejala bohsia. Berlakunya kes pembuangan bayi.
Melarikan diri dari rumah.
CARA MENGATASI Ibu bapa harus mengambil berat tentang pergaulan anak-anak mereka. Sekali-sekala ibu bapa perlu menyiasat apakah yang dilakukan oleh anak mereka semasa berada di luar rumah. Terangkan kepada anak-anak atau pelajar-pelajar mengenai keburukan dan akibat pergaulan bebas menerusi kaunseling dan ceramah. Terangkan kepada mereka mengenai keburukan seks rambang dan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh aktiviti seksual seperti AIDS.