Thursday, September 15, 2011

GEJALA SOSIAL : SIAPAKAH SUFIAH FAROOQ YUSUF?

Sufiah Farooq Yusuf
Sufiah Yusof, lahir pada 1985 ialah seorang genius Matematik dari United Kingdom. Dia pertama kali menjadi bahan berita hangat pada tahun 1997 apabila melayakkan diri ke dalam Kolej St. Hilda, Universiti Oxford untuk mengkaji matematik pada usia 13 tahun. 

Meskipun berwarganegara British, kerajaan Malaysia tampil ke hadapan untuk membiayai perbelanjaan pendidikan Sufiah, meskipun dimaklumkan bahawa bapanya yang berketurunan Pakistan pernah disabitkan kesalahan jenayah kerana penipuan berkenaan gadai janji. Rakyat Malaysia memandang beliau sebagai contoh bakat luar biasa orang Islam kerana keturunan ibunya.

Pentadbiran bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad melihat Sufiah sebagai impian eugenik sempurna, bertentangan dengan kepincangan genetik dari Dilema Melayu.
Pada tahun 2001, Sufiah melarikan diri dari asrama di Oxford, setelah mengambil kertas peperiksaan terakhirnya untuk tahun akademik berkenaan. Dua minggu kemudian, dia didapati bekerja sebagai pelayan di kafe Internet Bournemouth, tetapi enggan pulang ke rumah, serta mendakwa bahawa ibu bapanya memperitkan kehidupannya di rumah. Sebaliknya, dia menetap bersama keluarga angkat.
Dua tahun kemudian, Sufiah kembali ke Oxford untuk menyiapkan ijazah sarjana, tetapi gagal menamatkan tahunnya. Kemudian dia berkahwin dengan seorang peguam pelatih dari Oxford. Ketika itu Sufiah bekerja sebagai pembantu pentadbiran untuk sebuah syarikat pembinaan. Pernikahan itu hanya bertahan selama 13 bulan.

Pada Mac 2008, seorang wartawan yang menyamar bagi pihak News of the World mendapati Sufiah mengiklankan diri sebagai pelacur yang mengenakan bayaran £130 sejam. Salah seorang kawannya menyifatkan perubahan nasib bekas anak berbakat luar biasa itu sebagai "amat menyedihkan", lebih-lebih lagi "anugerahnya [dalam bidang matematik] sebenarnya selama ini bagaikan sumpahan".
Bapanya Farooq Yusof pernah menjadi seorang perintis dalam proses pengajaran yang tidak terbukti secara saintifik bergelar hothousing. Dia pernah menjanjikan "banyak lagi Sufiah" sepanjang proses talian pengeluaran yang menggunakan teknik hothousing. Pada April 2008 dia mengaku bersalah atas tuduhan "mencabul dua orang gadis berusia 15 tahun ketika bertugas sebagai pengajar peribadi."
Sehubungan dengan itu, kerajaan Malaysia pernah merancang "Program Menyelamatkan Sufiah" untuk memulihkan Sufiah dan "membawanya kembali ke pangkal jalan yang betul," tetapi tidak lama kemudian menghentikannya.

( Sumber : Wikipedia )