Friday, October 14, 2011

BAHASA REMPIT YANG MENJADI IKUTAN, MEROSAKKAN BAHASA MALAYSIA YANG MENJADI KEBANGGAAN NEGARA.

 
Siapa tidak kenal akan Anwar Hadi, seorang anak Malaysia yang amat berbakat yang telah meraih begitu banyak perhatian para pengunjung ' Youtube ' . Video ini, dikongsi di sini hanya sebagai hiburan. Video yang merangkumi bahasa-bahasa rempit yang sangat menjadi ikutan malahan merosakkan Bahasa Malaysia yang menjadi bahasa kebanggaan negara kita. Semoga terhibur dan ambillah pengajaran yang elok daripada video di atas.

BAHASA REMPIT

Bahasa rempit adalah bahasa yang digunakan oleh golongan remaja khususnya pelajar-pelajar sekolah. Bahasa rempit ini adalah bahasa yang popular pada masa kini. Bahasa rempit ini juga merupakan salah satu bahasa yang merosakkan bahasa kebangsaan kita. Bahasa ini digunakan secara berleluasa dan tidak dapat dibendung lagi dalam kalangan remaja pada masa kini. Mereka menggunakan singkatan perkataan bahasa Melayu dengan sewenang-wenangnya. Sebagai contoh, aq (aku), wat (buat), duk (duduk). Malah, mereka juga menukar sesuatu perkataan itu kepada bahasa mereka. Sebagai contoh, mocan (bosan), kowunk (korang/ kamu), tao ( tahu ), tyomelnya ( comelnya ) dan dorunk ( diorang / mereka ). Bahasa rempit ini akan lebih jelas dilihat dalam penulisan khidmat pesanan ringkas ( sms ) antara mereka. Jika didengar melalui bahasa lisan, kita sukar untuk membezakannya dengan bahasa slanga yang biasa didengar.

Contoh ayat yang biasa digunakan adalah seperti berikut :
1)      ‘ weh, jom ikt Aq gi tgk wyg. mocan la duk umah. ta tao wat pe’.
2)      ‘Kowunk sihat tak?’
3)      ‘Tyomelnya kau’
4)      ‘Kaw ni jahatlah’
5)      ‘Ajak dorunk sekali’
6)      ‘Leklu’
Komen :
Masyarakat pada masa kini, khususnya golongan remaja tidak mempunyai semangat untuk memperkasakan dan juga memartabatkan bahasa kebangsaan. Kesedaran mengenai kepentingan bahasa kebangsaan tidak wujud dalam diri mereka. Golongan ini memerlukan bimbingan supaya mereka sedar akan pentingnya bahasa kebangsaan kita ini. Jika mereka mempunyai kesedaran dalam diri mereka, maka mereka tidak akan sesekali merosakkan bahasa kebangsaan yang sedia ada. Perkara yang paling membimbangkan adalah jika golongan remaja ini terutamanya pelajar sekolah akan membiasakan diri menggunakan bahasa ini walaupun di dalam peperiksaan, iaitu semasa menghasilkan karangan bertulis. Mereka tidak akan dapat menghasilkan karangan yang baik kerana bahasa yang digunakan dalam penulisan karangan tersebut telah dipengaruhi oleh bahasa yang biasa digunakan bersama-sama teman-teman, iaitu bahasa rempit. Oleh itu, guru-guru bertanggungjawab untuk membantu pelajar-pelajar ini.

GEJALA SOSIAL : MAT REMPIT

Gambar Hiasan
Mat Rempit adalah satu istilah untuk "individu yang mengambil bahagian dalam perlumbaan jalan yang menyalahi undang-undang" Malaysia, biasanya melibatkan motosikal Underbone dikenali sebagai Kapcai atau skuter. Tidak semua Mat Rempit terlibat dalam lumba jalan, sebahagian daripada mereka melakukan aksi ngeri untuk bersenang-senang, seperti wheelie, superman (berbaring rata di atas kerusi ), wikang, dan kala jengking (berdiri di atas kerusi dengan sebelah kaki semasa wheelie), atau shuttu le katti.

Mat Rempit biasanya bergerak dalam kumpulan dan bangsa di pusat-pusat bandar yang sibuk pada malam hujung minggu. Sejak kebelakangan ini, Mat Rempit telah dikaitkan dengan gengsterisme, geng rompakan, jalan berjuang, menyerang, vandalisme, kecurian dan buli. Kebanyakan motosikal yang digunakan oleh Mat Rempit tidak memenuhi spesifikasi "standard", atau telah diubahsuai dengan meluas untuk kelajuan yang lebih besar, atau semata-mata untuk membuat ekzos bising.

Selain itu, sesetengah Mat Rempit tidak mempunyai lesen motosikal yang sah, tidak membayar cukai jalan, dan menunggang motosikal yang dicuri., semakin banyak kawasan perumahan juga telah bertukar menjadi trek perlumbaan. Ia adalah dianggarkan bahawa terdapat kira-kira 200,000 Mat Rempit di Malaysia.

Di sesetengah negara lain, istilah Mat Rempit juga digunakan, tetapi lebih merujuk kepada salah satu sebagai kekasih motosikal atau rider (Mat Motor), bertentangan dengan pelumba motosikal haram. Kadang-kadang terma Mat Rempit disalahgunakan untuk merujuk mana-mana individu yang menunggang motosikal Underbone. Berkaitan dengan ini ialah Konvoi Mat, yang mendakwa diri mereka sebagai versi bukan perlumbaan Mat Rempit.
Mat Rempit adalah satu istilah untuk "individu yang mengambil bahagian dalam perlumbaan jalan yang menyalahi undang-undang"

KEGANASAN

Pada April 2009, Ketua Polis Negara Malaysia Tan Sri Musa Hassan berkata bahawa Mat Rempit telah menjadi ganas dan kurang ajar dan bukannya hanya menjadi kacau ganggu awam. Beliau berkata, "Kami telah tegas terhadap Mat Rempit yang telah mula terlibat dalam rompakan, ragut dan bahkan menyerang pengguna jalan raya yang tidak bersalah." Beliau juga berkata bahawa "Ibu bapa mesti lebih bertanggungjawab dan tidak seharusnya membenarkan anak-anak di bawah umur mereka untuk memandu kereta atau menunggang motosikal "



PENGARUH POLITIK

Terdapat beberapa pengaruh politik dalam membantu Mat Rempit.


Mat Cemerlang
Khairy Jamaluddin dan Abdul Azeez Abdul Rahim dari Putera UMNO cuba untuk menjenamakan semula "Mat Rempit" sebagai "Mat Cemerlang". Cadangan oleh Khairy bahawa "Mat Rempit" seharusnya menjadi "Mata dan Telinga" untuk Pasukan Polis Malaysia.



Menerima Mat Rempit

Datuk Mohamed Jaafar daripada UMNO mencadangkan bahawa Mat Rempit diterima pakai untuk membimbing dan menyelamatkan mereka daripada melakukan aktiviti merbahaya.

 


Kelantan membina trek untuk Mat Rempit
 

Kosmo! melaporkan bahawa Mat Rempit di negeri Kelantan akan dibenarkan untuk menunjuk-nunjuk kemahiran mereka di trek khas yang akan dibina oleh kerajaan negeri tidak lama lagi. Kerajaan Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata trek di Tanah Merah tidak membazirkan wang.
"Mereka (Mat Rempit) sentiasa membuat ibu-ibu mereka dan isteri-isteri risau. Dengan trek, mereka akan mempunyai tempat yang sesuai untuk meluahkan perasaan dan menunjukkan keberanian dan bahasa Muluk-Muluk mereka " 


Kedah mempertimbangkan litar untuk Mat Rempit berlumba
Kerajaan negeri Kedah sedang mengkaji kemungkinan membina litar Mat Rempit untuk berlumba dan mengatasi ancaman itu, berkata pilihan lain adalah untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan untuk mereka sebagai sebahagian besar daripada mereka lagi menganggur. Azizan berkata:
"Kami akan mengkaji terlebih dahulu jika litar di Kelantan telah berkesan dibendung ancaman"


( Sumber : Wikipedia )

OBESITI DI MALAYSIA


Obesiti didefinisikan sebagai lebihan lemak tubuh yang boleh menyebabkan masalah kepada kesihatan. Obesiti berlaku apabila saiz atau bilangan sel lemak di dalam tubuh meningkat (Myers, 2004).

Indeks jisim tubuh atau Body Mass Index (BMI) merupakan kaedah yang digunakan untuk mendapatkan data asas tahap kegemukan dan obesiti. BMI digunakan dengan mengira berat badan dalam unit kilogram (kg) dan dibahagikan kepada tinggi dalam unit meter kuasa dua (m2 ).


Obesiti merupakan satu penyakit kronik yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit contohnya seperti :
1. Diabetis,
2. Darah tinggi,
3. Penyakit jantung,
4. Kegagalan sistem pernafasan ,
5. Kegagalan system perkumuhan
6. Kanser dan sebagainya.
Menurut satu kajian, (Kelishadi, WHO 2007), kes obesity semakin menular di kalangan kanak kanak dan remaja di negara- negara membangun. Penyakit obesiti merupakan satu faktor utama yang akan membawa kepada rintangan terhadap insulin dan sindrom metabolik. Sindrom metabolik juga adalah tinggi di kalangan penduduk dewasa di Asia.

Di Malaysia, sehingga tahun 2006, 29% penduduk dewasa mempunyai berat badan yang lebih dan 14% mengalami obesiti. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan bahawa pada tahun 2015, secara kasar 2.3 bilion penduduk di dunia akan mempunyai berat badan yang lebih dan 700 juta penduduk dunia akan mengalami obesity

Obesiti di kalangan kanak –kanak & remaja
Poster Obesiti
 Di Malaysia, peningkatan masalah obesity dalam kalangan kanak-kanak berumur 7-10 tahun adalah sebanyak 6.6% bagi umur tujuh tahun ke 13.8 % bagi umur 10 tahun. Sebanyak 12.8% peratus daripada kanak-kanak ini adalah lelaki. Masalah obesiti ini juga semakin ketara di kalangan remaja berumur 13-17 tahun.

Kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan adalah berisiko untuk menjadi obes apabila dewasa dan keadaaan ini akan menjurus kepada kewujudan masalah kronik yang lain pada masa hadapan (Chee et al, 2008)

Faktor- faktor yang menyebabkan obesiti
1. Keturunan dan faktor genetik
2. Tiada senaman yang mencukupi
3. Nutrisi yang tidak seimbang/ Pengambilan makanan dengan kadar yang banyak
4. Hormon
5. Pengambilan ubat/ Rawatan
6. Virus
Kanak- kanak dan remaja yang cenderung dalam pemakanan dan aktiviti yang tidak sihat mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menjadi obes.

Standard Pengiraan Obesiti
Pertubuhan Kesihatan Sedunia menetapkan standard Indeks jisim tubuh (BMI) yang berikut untuk dewasa dan kanak-kanak

Statistik Obesiti
Standard Untuk Bayi dan Kanak- Kanak

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah membangunkan satu standard pertubuhan untuk bayi sehingga kanak –kanak berumur 5 tahun yang telah dilancarkan pada April 200.6. Standard ini dipanggil WHO child growth standards.

Walau bagaimanapun disebabkan oleh ketiadaan standard antarabangasa untuk definisi bagi obesity di kalangan kanak-kanak yang berumur 5-14 tahun, cara ukuran obesiti bagi kumpulan ini agar mencabar.

Oleh itu Pertubuhan Kesihatan Sedunia kini sedang membangunkan satu panduan antarabangsa untuk pertumbuhan bagi kumpulan kanak-kanak sekolah dan remaja. WHO child growth standards ini dibangunkan dengan menggunakan bukti- bukti teknikal dan diharap agar negara-negara ahli Pertubuhan Kesihatan Sedunia dapat mengikut standard tersebut.

Wednesday, October 5, 2011

" ADIK CUMA NAK TANYA JE BU - "



" Kini,
   Masa berlalu...
   Hari ini selepas 9 bulan..
   Pohon yang ibu dan jejaka itu tanam, membuahkan hasil..
   Hari ini, nuah cinta kalian telah terzahir..
   Hari ini bukti kasih jejaka itu telah lahir..
   TAPI.. BENARKAH BU? "

" Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
    Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
      Mengapa ibu pun membenci kami?
        Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?
          MENGAPA IBU? "

( Sumber : Youtube )

HEROIN ADDICTION

Tuesday, October 4, 2011

SAJAK : DADAH DURJANA !

Dadah
Tika dulu kau bagai penawar
Mengukir sejarah di bidang perubatan
Penyelamat nyawa tika kesakitan
Namun kini
Martabatmu begitu hina
Hadirmu bak najis semata
Kau hanyalah pemusnah
Generasi dunia
Dadah
Kau umpama racun yang mengalir
Dalam pembuluh darah
Bagai jarum yang ditusuk hingga ke tulang
Perit..
Pedih..
Dadah
Kau durjana
Hadirmu membawa derita
Khayalan sementara cuma
Imaginasi dusta di bumi nyata
Membawa kesedihan
Mengundang derita sengsara
Dan mengusung..Kematian..

REMAJA CEMERLANG VS REMAJA TEMBERANG

Akibat Gengsterisme di Sekolah
 APABILA berbicara soal gangsterisme, mat rempit, bohsia, bohjan, dadah, bersekedudukan, berpeleseran, seks rambang, buang anak dan suka berfoya-foya, apakah yang tergambar dalam minda anda? Peristiwa yang berlaku? Kesan daripada peristiwa itu? Atau pelaku kepada peristiwa itu? Persoalan itu mempunyai pelbagai jawapan, bergantung kepada pengalaman, tanggapan dan pemerhatian seseorang terhadap apa yang berlaku di sekitarnya. Seringkali juga kita sebagai manusia biasa di bumi ini, akan mencari kesilapan orang lain, bukannya punca masalah itu timbul. Tidak keterlaluan jika dikatakan, persamaan yang boleh kita perolehi daripada isu-isu yang disenaraikan di atas ialah – pelakunya adalah remaja.Teruk sangatkah generasi remaja hari ini? Benarkah golongan ini benar-benar tidak terkawal? Adakah apa yang ada mereka adalah hampas semata-mata, kosong dan tidak berguna.

Hanya tahu menyusahkan keluarga, memalukan bangsa, dan meruntuhkan agama. Wajarkah remaja disamakan seperti tong kosong yang disumbat dengan bermacam-macam jenis sampah dan bahan buangan. Benarkah tanggapan ini yang ingin kita lemparkan kepada mereka?Agak keterlaluan jika masyarakat hanya memandang segala masalah sosial dan kemusnahan budaya dipelopori oleh golongan remaja sedangkan mereka adalah golongan pelapis bangsa dan negara. Mereka masih seperti kain putih. Ibu bapa dan masyarakat masih lagi dipertanggungjawabkan untuk mencorak dan mewarnai kain putih tersebut. Corak apakah yang ingin kita lukiskan, warna apakah yang ingin kita lakarkan? Sudah tentulah corak dan warna itu harus berpaksi kepada agama yang kita junjung, bergantung kepada budaya dan adat yang kita kendong.Bagaimanapun, dalam usaha untuk mencorak dan mewarna peribadi dan jati diri remaja, pelbagai halangan timbul. Halangan itu adalah penerimaan remaja itu sendiri. Mungkin corak yang ingin kita lukiskan tidak sesuai dengan citarasa remaja, atau warna tradisi yang ingin kita lakarkan tidak kena dengan jiwa mereka.

Ditambah lagi dengan warna-warna dan corak-corak yang dihidangkan oleh budaya negatif dari luar yang berlumba-lumba untuk menghiasi peribadi dan jiwa remaja kita. Sebagai ‘orang tua’ atau ibu bapa, kita diwajibkan memelihara warna dan corak tradisi yang ingin dilakarkan kepada anak-anak. Kita ajar mereka, didik, dan bimbing mereka sedaya yang kita mampu dan jika boleh sehabis tenaga dan nyawa. Kesungguhan untuk mendidik remaja amat penting kerana mereka adalah pejuang agama dan penyambung budaya bangsa kita. Lebih tepat mereka adalah modal insan yang akan menerajui dan membina sebuah negara maju tanpa mengabaikan nilai agama dan moral.

Saban hari kita mendengar perihal remaja yang terlibat dengan salah laku sosial seperti mat rempit, bohjan, bohsia, lesbian, tomboy, budaya berpasang-pasangan yang keterlaluan dan sebagainya. Malah sejak zaman persekolahan lagi mereka dikenalpasti telah terlibat dengan salah laku dan jenayah seperti ponteng kelas, mencuri, buli, menghisap dadah, merokok dan sebagainya. Bukannya orang dewasa dan orang tua tidak melakukan kesilapan, tetapi kita lebih terdorong memusatkan pandangan kepada remaja. Usia remaja juga dikaitkan dengan ‘kunci kebebasan’. Pada usia inilah remaja diberi peluang untuk memilih jalan kehidupan. Jadi pada waktu ini remaja masih tercari-cari haluan untuk meneruskan kehidupan. Pelbagai perkara baru mahu dicuba, apatah lagi perkara-perkara yang penuh cabaran yang kononnya memberikan satu kepuasan kepada mereka.

Mengapa remaja harus dihukum dengan paparan berita-berita tentang salah laku sosial dan keruntuhan akhlak mereka? Megapa pihak media sama ada media cetak atau eletronik berlumba-lumba mengetengahkan remaja sebagai ‘duri dalam daging’. Mengapa masyarakat menuding jari, mempersalahkan remaja terus-terusan tanpa mengambilkira punca dan jalan penyelesaiannya. Pihak media sebagai orang tengah dalam menangani isu remaja harus memainkan peranan penting. Mendidik dan memimpin remaja untuk berkelakuan yang sepatutnya. Mulakanlah usaha dengan mengetengahkan paparan remaja yang berjaya. Media juga harus berusaha agar isu remaja yang dikupas tidak berat sebelah dan kaji sedalam-dalamnya punca segala masalah yang timbul. Di tengah-tengah kelompok remaja yang bermasalah, terdapat golongan remaja yang berjaya, yang harus diuar-uarkan kejayaannya kepada umum. Paparan mengenai remaja yang berjaya bukan sahaja akan menjadi pendorong, malah menjadi pembimbing kepada remaja yang telah tersasar.

Paparkan kepada remaja tentang kejayaan kawan-kawan mereka seperti Nur Amalina Che Bakri yang diiktiraf sebagai pelajar cemerlang SPM 2004 dengan keputusan 17A1. Nur Amalina yang sentiasa menjadikan guru sebagai rujukan dan dua kali seminggu, dia berjumpa dengan guru-gurunya untuk mendapatkan nasihat dan pandangan mengenai pelajaran. Nur Amalina ingat setiap mata pelajaran yang diajar dari A sampai Z kerana sikapnya yang suka menambah ilmu pengetahuan termasuk rajin mencari maklumat sampingan dengan melayari internet Sifat ulat buku Nur Amalina adalah antara amalan diterapkan dalam kehidupan untuk meluaskan ilmu pengetahuan dan seterusnya menempa kejayaan dalam SPM. Kini beliau merupakan pelajar A – Level tajaan Bank Negara Malaysia di The Cheltenham Ladies´ College, United Kingdom.

Hebahkan juga kepada remaja di luar sana yang masih kecewa dengan kegagalan semalam supaya bangkit dan berusaha seperti Najmil Faiz Mohamed Aris yang terpilih sebagai antara pelajar Asia paling cemerlang. Kejayaan yang dikecapi Najmil Faiz bukanlah dengan jalan yang mudah. Anak muda yang berasal dari Ipoh, Perak ini mencapai kejayaan setelah ´tersedar´ daripada keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan pangkat tiga.

Beliau telah mengorbankan usia muda dan keseronokan demi mencapai kejayaan. Melakukan pelbagai kerja bagi mendapatkan wang perbelanjaan pengajiannya di luar negara. Pada pendapat beliau, sebagai manusia dan orang Melayu, beliau mesti membuktikan keupayaannya biarpun terpaksa merangkak sekalipun. Agenda untuk bangsanya cukup besar. Pendidikan menjadi satu-satunya aset tidak ternilai untuk kejayaan sesebuah bangsa. Beliau tidak boleh terima orang memandang rendah bangsa Melayu dan menganggap Melayu kurang asam, malas berfikir dan tiada daya saing. Inilah cerita mengenai seorang remaja yang pada 14 Mac 2005 yang lalu mencipta sejarah pelajar Malaysia yang pertama diberi penghormatan dan pengiiktirafan untuk membentangkan kajiannya yang berkaitan dengan “teknologi nano” dan “Micro Machine Process” kepada anggota Parlimen United Kingdom di London dan memenangi anugerah “The Best Research of Good Prospect (2005). Najmil Faiz Mohamed Aris adalah contoh intelek muda negara yang mampu mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

Ceritakan kepada generasi kita tentang kisah anak muda kelahiran Pulau Mutiara, Khairil Annas Jusoh, dalam usahanya meniti kejayaan sehingga bergelar usahawan muda, pakar motivasi serta kini menerajui rangkaian firma guamannya sendiri.

Segala yang dikecapi ini, tegas Khairil bukannya setakat menadah tangan ke langit lalu rezeki akan turun, jika tanpa disiplin dan keberanian. Bak kata pepatah, `kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya´. Yang pasti, selain dua kriteria di atas, kejayaan memerlukan kekuatan fizikal, mental dan rohani. Malah, diperkasakan lagi dengan usaha berterusan, keyakinan, kepercayaan, kejujuran, keikhlasan, pengorbanan dan nilai-nilai positif yang lain.

Bongkarkan juga rahsia kejayaan seorang jutawan muda bernama Irfan Khairi yang telah menetapkan halatuju hidupnya sejak berusia 18 tahun lagi. Pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Rekabentuk Multimedia dari Universiti Staffordshire, United Kingdom (UK) ini mula memegang status jutawan muda sejak tiga tahun lalu. Menarik tentang Irfan ialah beliau bertanggungjawab mereka cipta sistem pembelajaran Internet untuk sekolah-sekolah di UK, dinamakan Learning Grid. Pernah mengikuti kursus Ekonomi di Institut Teknologi Mara (kini UiTM), Irfan mengakui ketiadaan minat menyebabkan beliau beralih arah ke bidang multimedia.
Berbekalkan semangat, kreativiti dan komputer ribanya, anak muda pemalu dan suka merendah diri ini akhirnya menemui impian yang dicari-cari – duduk sebaris dengan tokoh jutawan Internet yang lain. Dengan kepakaran yang ada, Irfan kini mendedahkan segala rahsianya menerusi buku bertajuk Rahsia Jutawan-jutawan Internet Terbongkar yang ditulis sendiri, selain sibuk menganjurkan seminar-seminar tentang kejayaannya.

Ketepikan soal gosip, cara berpakaian dan ketrampilan penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza atau kini lebih dikenali dengan panggilan Datuk Siti Nurhaliza. Namun gembar-gemburkanlah rahsia kejayaan beliau dalam bidang seni. Beliau juga mengorbankan usia remajanya dengan berusaha mencapai apa yang diimpikannya. Hasil kerja keras sejak 10 tahun lalu, kini Siti Nurhaliza adalah satu-satunya artis yang paling sibuk dengan komitmen kerjayanya. Berbagai-bagai anugerah telah diperolehi sama ada di Malaysia ataupun di luar negara sehingga diabadikan dalam ‘The Malaysia Book of Records sebanyak dua kali kerana berjaya meraih 112 anugerah sepanjang penglibatannya dalam bidang seni dan artis Malaysia pertama membuat persembahan secara solo di Royal Albert Hall London. Tidak begitu berjaya dalam bidang akademik, bukanlah penghalang untuk beliau meraih kejayaan dalam bidang lain yang lebih diminatinya. Malah, disiplin dan kesungguhan yang berterusan menjadikan beliau antara anak muda yang begitu berjaya zaman ini.
Tidak lupa juga kisah seorang pelajar tingkatan empat, Fauziah Abdul Razak. Dia bukan calang-calang remaja. Anak penanam padi dari Sungai Buaya, Seberang Perak, dekat Teluk Intan ini melakukan kejutan apabila mendapat pingat emas acara lari 200 meter wanita pada Kejohanan Olahraga Remaja Asia ke-11. Fauziah mencatatkan 24.49 saat mengatasi pemenang pingat perak dari Lebanon, Greeta Talaskian (24.65 saat) dan pemenang gangsa Tao Yujia dari China (24.75 saat).

Remaja yang baru berusia 16 tahun ini mencatatkan sejarah memenangi pingat emas pertama kepada Malaysia dalam kejohanan tersebut sejak ia diperkenalkan di Jakarta pada tahun 1984. Meskipun kejohanan itu di peringkat remaja, apa yang dicapai oleh Fauziah adalah kisah kejayaan yang tidak harus ditenggelamkan.

Sebenarnya ramai lagi remaja dan anak muda di luar sana yang berjaya dalam bidang masing-masing seperti akademik, sukan, politik, perniagaan dan sebagainya. Terlalu ramai. Apakah persamaan yang patut kita dedahkan kepada umum? Persamaan antara mereka ialah kejayaan yang dikecapi itu bermula dari usaha yang gigih sejak zaman remaja lagi. Mereka juga menggunakan masa remaja dengan sebaik-baiknya untuk mengaut segala pengalaman dan peluang yang sememangnya ada di hadapan mata. Di sekeliling mereka pula berdirinya ibu bapa, kaum keluarga dan masyarakat yang menyokong serta memberi bantuan kepada mereka sehingga berjaya. Dan yang paling penting, remaja yang berjaya khususnya remaja yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, sudah pasti meletakkan diri dibawah jagaan Allah s.w.t. Oleh itu segala apa yang dilakukan adalah berpaksi kepada agama dan iman di dada.

(SUMBER : http://psittacula.wordpress.com )

Monday, September 26, 2011

KEBURUKAN SEKS RAMBANG

Gambar Hiasan
          Hubungan seks membabitkan pasangan yang tiada ikatan perkahwinan atau zina termasuk dalam perbuatan keji yang melanggar hukum agama.Malah, Islam memandang berat kesalahan zina kerana mendatangkan pelbagai keburukan kepada pelakunya dan masyarakat. Selain perkataan seks bebas, seks rambang, seks luar nikah dan perbuatan terlanjur, hakikatnya semua itu adalah perlakuan zina yang membawa maksud hubungan seksual yang tidak dibenarkan oleh hukum syarak yakni diertikan sebagai persetubuhan luar nikah. Mengikut definisi ahli-ahli sosiologi, seks haram adalah bentuk seks yang tidak dibenarkan oleh institusi perkahwinan antara lelaki dan perempuan melibatkan pasangan kekasih yang cenderung melakukannya sebelum mempunyai ikatan sah sebagai suami isteri. 

Kesan yang ditanggung daripada gejala seks bebas ini adalah dalam tempoh yang lama, sedangkan nikmatnya sekejap. Pakar psikologi dan sosiologi turut berpendapat, punca keruntuhan nilai kehidupan manusia ialah apabila melakukan seks bebas tanpa ikatan perkahwinan. Kita tidak boleh membenarkan kebebasan tanpa had dibiarkan berleluasa di negara ini. Masyarakat kita sering disajikan dengan masalah keruntuhan moral di kalangan rakyat. Semakin ramai pasangan berani melakukan aksi yang terlampau malah menjijikkan di hadapan orang ramai. Mereka sudah berani bercumbu di taman-taman, di dalam kenderaan awam, pawagam malah di mana-mana sahaja asalkan mereka dapat melepaskan segala kerinduan dan nafsu. 
Masyarakat Timur merupakan sebuah komuniti yang kaya dengan sopan santun dan pemalu. Muda-mudi kini semakin bebas bergaul dengan sesuka hati tanpa mengira segala nasihat daripada pelbagai pihak termasuk ibu bapa.  Ketika kerajaan sibuk melaungkan Belia Sihat dan sebagainya, masih banyak pihak cuba menghancurkannya dengan mengadakan pelbagai pesta di pusat-pusat hiburan yang berunsurkan pergaulan bebas. Kesopanan dan kesusilaan yang menjadi Rukun Negara Malaysia langsung dilupakan oleh kebanyakan rakyat. Kita tidak harus terkejut pada suatu hari nanti jika remaja semakin hebat mengamalkan prinsip kebebasan. Tanda-tanda kehebatan remaja kita boleh dilihat di mana-mana sahaja termasuk di kawasan pedalaman. Seks bebas sudah semakin berleluasa di mana-mana sahaja dan angkanya semakin membimbangkan.
FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA GEJALA SEKS BEBAS
o   Faktor biologi
o   Faktor teman hubungan (pasangan)
o   Pergaulanb ebas
o   Kurang didikan agama
o   Media massa
o   Perpecahan keluarga
o   Kesempitan wang
o   Faktor kerajaan.

GEJALA SEKS BEBAS DIKALANGAN REMAJA
Kajian yang telah dibuat oleh Lembaga Penduduk dan. Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di kalangan remaja adalah amat memeranjatkan: di mana didapati 24 peratus dari kalangan remaja berusia 13-19 tahun mengaku pernah melakukan hubungan seks manakala 80 peratus daripada remaja berusia 13-18 telah terdedah kepada bahan-bahan lucah termasuk lebih kurang 50 peratus dari remaja 13-15 tahun mengaku membaca buku lucah dan 44 peratus pernah melihat bahan lucah seperti majalah dan video. Menurut perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) seramai 53,309 `anak tak sah taraf' telah didaftarkan dalam tempoh 1999 hingga 2001 [Utusan Malaysia, 13 Nov. 2002]. Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) pula mendapati bilangan pelajar yang terbabit dengan gejala bunuh seperti jenayah dan maksiat semakin meningkat. Ini berdasarkan kes kemasukan baru ke sekolah akhlak dan asrama kelolaan jabatan itu, contohnya seramai 675 remaja dimasukkan ke sekolah akhlak JKM Tunas Bakti. Sepanjang tahun 1993 kes kemasukan baru di asrama akhlak menunjukkan peningkatan yang begitu serius iaitu 1505 kes berbanding tahun sebelumnya 376 kes. Dari jumlah itu kebanyakan gadis yang membabitkan diri dalam kancah maksiat berumur antara 15 dan 18 tahun, rata-rata adalah mereka yang masih menuntut. Ini diperakui sendiri oleh Datin Paduka Zaleha Ismail iaitu sebanyak 1,199 atau 54 peratus daripada 2234 wanita yang terbabit dalam kegiatan maksiat di antara tahun 1990 - 1993 berumur kurang dari 18 tahun. [Watan, 13 Julai 1996]
Mungkin kajian ini tidak menggambarkan keseluruhan keadaan sebenar masalah salah laku seksual dan gejala seks bebas,namun ia patut menyedarkan semua pihak khususnya ibu bapa, badan-badan kerajaan,pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu serta pertubuhan agama mencari jalan terbaik bagi merungkai permasalahan sosial yang kian meruncing dari sehari ke sehari ini
Penglibatan para pelajar dan golongan remaja di dalam pergualan dan seks bebas tidak menjadi satu perkara rahsia lagi. Pendedahan mengenai kegiatan dan permasalahan telah lama dibuat. Namun, keadaannya bukan menjadi bertambah baik tetapi semakin kritikal. Berdasarkan bilangan responden yang dikaji oleh pensyarah berkenaan maka kita boleh merumuskan bahawa 99 peratus pelajar terbabit mempunyai pengalaman melakukan hubungan seks kecuali seorang sahaja.
Angka ini perlu diberikan perhatian yang serius oleh pihak Kementerian Pendidikan dan pihak sekolah kerana gejala sosial yang melibatkan golongan pelajar menjadi semakin tidak terkawal. Punca dan faktor yang menyumbang kepada berlaku gejala sosial di kalangan pelajar perlu dicari dan dikenal-pasti dengan segera. Membiarkan perkara itu tanpa sebarang tindakan yang konkrit akan menyebabkan kebejatan sosial di sekolah menjadi bertambah parah.
Satu siasatan secara menyeluruh perlu dilakukan dilakukan termasuk juga membuat penilaian semula terhadap peraturan dan pengurusan sekolah serta sistem pendidikan yang diguna-pakai hari ini. Dengan kemajuan dan pembaharuan yang dilakukan ke atas sistem pendidikan negara, mutu disiplin dan kesedaran sivik para pelajar sepatutnya semakin meningkat naik. Yang berlaku adalah sebaliknya di mana keruntuhan akhlak dan kemerosotan moral kian menjadi-jadi.
Para pelajar merupakan generasi masa depan yang perlu diasuh dan di didik dengan baik. Kerosakan yang berlaku kepada golongan pelajar akan menyebabkan kerosakan yang lebih kronik di dalam masyarakat. 
PENDIDIKAN SEKS
Proposal kerajaan dalam memperbaiki sistem pengajian Malaysia salah satunya adalah untuk memperkenalkan pendidikan seks dalam syllabus pembelajaran persekolahan.
Pendidikan seks adalah suatu istilah digunakan untuk menjelaskan pendidikan mengenai anatomi seksual, pembiakan seksual, perhubungan seks, dan aspek-aspek lain kelakuan seksual manusia.Termasuk di dalam pendidikan seks ini ialah pengajaran tentang nilai-nilai yang seharusnya wujud bersama hubungan seks tersebut. Misalnya, nilai masyarakat Malaysia bahawa hubungan seks hanya patut berlaku selepas berkahwin, juga hubungan tersebut perlu disertakan dengan rasa kasih sayang, tanggungjawab dan seumpamanya.
Dalam Islam sendiri sudah ada pengajaran seks iaitu antaranya kita diwajib mengasingkan tempat tidur apabila anak-anak meningkat umur tujuh tahun, mereka juga diminta hanya melihat bahagian muka dan telapak tangan sahaja apabila bertunang.
 
Pendidikan seks hanyalah penyelesaian kepada simptom, bukan menyelesaikan masalah utama. Penyelesaian masalah seksual mesti melibatkan tiga pihak iaitu individu, kelompok dakwah dan pemerintah. Kebaikan mahupun keburukan pendidikan seks ini perlulah dibuat kajian terperinci kerana melibatkan isu-isu yang boleh dianggap sensitif terutama bagi golongan ibu bapa. Apa yang penting masalah ini perlu ditangani segera samada diteruskan pendidikan seks tersebut disekolah mahupun sebaliknya.

KESAN-KESAN GEJALA SEKS BEBAS

Dari sudut kesihatan seks bebas ini sudah tentu membabitkan kesan reproduktif khususnya bagi wanita termasuk, berlakunya kehamilan yang tidak dirancang dan di luar perkahwinan serta terpaksa disembunyikan.Keadaan lebih teruk apabila ada wanita berkenaan mengambil jalan silap dengan melakukan pengguguran haram sama ada melalui kaedah selamat atau tradisional yang tanpa disedari, mendedahkannya kepada risiko tinggi kematian akibat pendarahan dan jangkitan pada rahim.Pengguguran haram turut membuatkan seseorang itu terdedah kepada kesakitan pada saluran pembiakan sekali gus boleh mengakibatkan kemandulan.
Antara kesan-kesan lain seks bebas ini ialah:
  • Berleluasanya aktiviti pelacuran
  • Banyak kes jenayah seperti rogol semakin berleluasa.
  • Penyakit kelamin.
1.    Penyakit kelamin merujuk kepada sebarang penyakit yang boleh tersebar melalui hubungan kelamin atau seks.
2.    Penyakit kelamin ini boleh disebabkan oleh virus, kuman, bakteria dan kulat.

  • Di antara penyakit kelamin yang biasa di dapati adalah :-
1.    AIDS / HIV
2.    Sifilis  
3.    Genitial  
4.    Hepatitis A
5.    Hepatitis B 
6.    Herpes
7.    Jangkitan Saluran Kencing (Urinary Tract Infecti)

KESIMPULAN

Tidak ada lagi perkara lain yang paling membimbangkan daripada perkara meningkatnya gelombang seks dan serangan seks tidak putus-putus menggoda manusia dengan tenaga luar biasa, di mana setiap orang mungkin terjebak kepadanya jika tidak tersekat oleh ketakutan neraka, penyakit kelamin ataupun kehamilan. Ia bukan sahaja boleh membuat seseorang menjadi binatang buas dari segi akhlak, tetapi akan merosakkan masyarakat keseluruhannya. Semua pihak harus memainkan peranan masing-masing dalam memastikan gejala seks bebas dapat dibendung dengan seriusnya.

Wednesday, September 21, 2011

AKIBAT PERGAULAN BEBAS ( CARA, KESAN DAN CARA MENGATASI )

PONTENG
CONTOH :
Ponteng sekolah : Tidak hadir ke sekolah
Ponteng kelas : Tidak mengikuti sesi pembelajaran walaupun hadir ke sekolah, Ponteng perhimpunan,  sembahyang dan kuliah.
SEBAB 
Sikap pelajar yang tidak mengambil berat terhadap pelajaran. Merasakan pelajaran itu susah dan membosankan. Perkara lain lebih seronok untuk dilakukan selain belajar.
KESAN
Kemunduran di dalam pelajaran. Terdedah kepada pengaruh luar sekolah dan jenayah.
CARA MENGATASI
Ibu bapa memberi perhatian terhadap prestasi pelajaran anaknya. Ibu bapa seharusnya mendengar dan menyiasat maklumat yang dimaklumkan oleh pihak sekolah mengenai anaknya. Kerjasama masyarakat dalam memaklumkan pihak ibu bapa dan sekolah sekiranya terjumpa pelajar yang ponteng. Kaunseling bagi remaja yang ponteng.

MEROKOK
CONTOH
Membawa rokok ke sekolah. Menghisap rokok di kawasan sekolah. Menghisap rokok di luar kawasan sekolah.
SEBAB 
Ingin kelihatan 'cool' dan lebih dewasa. Terpengaruh dengan rakan sebaya dan lebih dewasa. Ingin mencuba sesuatu yang baru.
KESAN  
Wang saku yang dibekalkan ibu bapa digunakan untuk membeli rokok. Rakan yang tidak merokok dijadikan mangsa untuk membawa rokok ke sekolah. Remaja mula memeras ugut pelajar lain bagi mendapatkan wang untuk membeli rokok. Kesan dalaman yang lebih bahaya ialah barah paru-paru.
CARA MENGATASI 
Menyedarkan remaja mengenai bahaya merokok menerusi kaunseling
dan ceramah. Mengadakan kempen anti-rokok di peringkat sekolah. Ibubapa tidak seharusnya memberi wang saku yang berlebihan.

VANDALISME
CONTOH  
Mengoyakkan buku-buku teks dan perpustakaan. Menconteng dinding bangunan, bas dan tempat-tempat awam. Merosakan bangku, meja, telefon dan pondok telefon awam, tandas awam, papan tanda dan lain-lain lagi. Memecahkan tingkap dan pintu sekolah.
SEBAB  
Golongan remaja yang terlibat mempunyai konsep kendiri atau harga diri yang rendah.
Ingin mendapatkan perhatian daripada sesiapa jua kerana merasakan dirinya terbiar. Melepaskan perasaan marah dan geram akibat tertekan.
KESAN 
Banyak harta benda sekolah dan awam musnah. Menyusahkan pengguna-pengguna lain.
Mencemar persekitaran dengan grafiti yang biasanya menggunakan kata-kata kesat dan lucah.
CARA MENGATASI  
Mengenal pasti pelajar yang sering memberontak di dalam kelas. Ibu bapa dan guru perlu meluangkan masa untuk berbual dan bertanya masalah dengan remaja agar mereka merasakan diri mereka dihargai. Memberi kesedaran menerusi kaunseling mengenai kepentingan menjaga harta benda sama ada harta benda sendiri mahupun harta benda awam.

GANGSTERISME
CONTOH 
Kumpulan samseng sama ada di kalangan remaja lelaki atau perempuan.
SEBAB 
Kurang mendapat perhatian dan kasih sayang menyebabkan remaja mencari tempat untuk meluahkan perasaan. Remaja mudah terpengaruh dengan rakan sebaya. Sikap suka membuli orang lain. Tidak senang dengan kesenangan orang lain.
KESAN
Remaja memiliki sifat-sifat negatif. Remaja terpesong pegangan hidup. Pemikiran remaja dipenuhi keburukan. Menimbulkan pergaduhan. Berlakunya peras ugut.
CARA MENGATASI  
Pihak sekolah handaklah bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti polis.
Masyarakat setempat juga perlu memainkan peranannya kerana kegiatan gangsterisme ini menular dalam masyarakat bukan sahaja di sekolah. Ibubapa perlu mengambil berat mengenai pergaulan anak-anak mereka. Perubahan tingkah laku biasanya menunjukkan anak-anak terlibat dalam sesuatu yang tidak diingini. Melatih anak-anak dari kecil untuk menghormati dan menghargai orang lain.

LEPAK
CONTOH Menghabiskan dan membazir masa di kompleks-komples beli-belah.
SEBAB Bosan terhadap pelajaran. Kurang mendapat perhatian guru. Pengaruh persekitaran dan pergaulan. Sikap tidak mengambil berat dan tidak bertanggungjawab terhadap diri sendiri.
KESAN Pembaziran masa dan wang kepada perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah.
Memudahkan lagi remaja terjebak dengan gejala sosial yang lebih buruk kerana pengaruh rakan-rakan lepak mereka. Melahirkan generasi yang tidak bertanggungjawab dan akhirnya akan menjatuhkan martabat negara.
CARA MENGATASI Ketahui masalah remaja melepak dan fahami perasaannya. Memberi galakan dan semangat untuk membentuk nilai-nilai positif Menasihati remaja melalui forum, seminar disiplin dan media massa yang berkesan contohnya internet.

PERGAULAN BEBAS
CONTOH Mengunjungi pusat-pusat hiburan seperti pawagam, disko dan lain-lain lagi. Keluar mengikut sesiapa sahaja kenalan mereka tanpa mengira lelaki atau perempuan.
SEBAB Tidak mendapat kasih sayang sepenuhnya daripada ibu bapa di rumah. Ibu bapa tidak prihatin terhadap pergaulan anaknya dan membiarkan mereka keluar dengan sesiapa sahaja.
Mencari tempat untuk mendapatkan kasih sayang. Terpengaruh dengan budaya barat. Ingin mendapatkan keseronokan bersama rakan-rakan.
KESAN Pergaulan bebas membawa kepada hubungan seks rambang. Berlakunya kes-kes remaja perempuan mengandung di luar nikah. Berlakunya gejala bohsia. Berlakunya kes pembuangan bayi.
Melarikan diri dari rumah.
CARA MENGATASI Ibu bapa harus mengambil berat tentang pergaulan anak-anak mereka. Sekali-sekala ibu bapa perlu menyiasat apakah yang dilakukan oleh anak mereka semasa berada di luar rumah. Terangkan kepada anak-anak atau pelajar-pelajar mengenai keburukan dan akibat pergaulan bebas menerusi kaunseling dan ceramah. Terangkan kepada mereka mengenai keburukan seks rambang dan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh aktiviti seksual seperti AIDS.

Thursday, September 15, 2011

GEJALA SOSIAL : SIAPAKAH SUFIAH FAROOQ YUSUF?

Sufiah Farooq Yusuf
Sufiah Yusof, lahir pada 1985 ialah seorang genius Matematik dari United Kingdom. Dia pertama kali menjadi bahan berita hangat pada tahun 1997 apabila melayakkan diri ke dalam Kolej St. Hilda, Universiti Oxford untuk mengkaji matematik pada usia 13 tahun. 

Meskipun berwarganegara British, kerajaan Malaysia tampil ke hadapan untuk membiayai perbelanjaan pendidikan Sufiah, meskipun dimaklumkan bahawa bapanya yang berketurunan Pakistan pernah disabitkan kesalahan jenayah kerana penipuan berkenaan gadai janji. Rakyat Malaysia memandang beliau sebagai contoh bakat luar biasa orang Islam kerana keturunan ibunya.

Pentadbiran bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad melihat Sufiah sebagai impian eugenik sempurna, bertentangan dengan kepincangan genetik dari Dilema Melayu.
Pada tahun 2001, Sufiah melarikan diri dari asrama di Oxford, setelah mengambil kertas peperiksaan terakhirnya untuk tahun akademik berkenaan. Dua minggu kemudian, dia didapati bekerja sebagai pelayan di kafe Internet Bournemouth, tetapi enggan pulang ke rumah, serta mendakwa bahawa ibu bapanya memperitkan kehidupannya di rumah. Sebaliknya, dia menetap bersama keluarga angkat.
Dua tahun kemudian, Sufiah kembali ke Oxford untuk menyiapkan ijazah sarjana, tetapi gagal menamatkan tahunnya. Kemudian dia berkahwin dengan seorang peguam pelatih dari Oxford. Ketika itu Sufiah bekerja sebagai pembantu pentadbiran untuk sebuah syarikat pembinaan. Pernikahan itu hanya bertahan selama 13 bulan.

Pada Mac 2008, seorang wartawan yang menyamar bagi pihak News of the World mendapati Sufiah mengiklankan diri sebagai pelacur yang mengenakan bayaran £130 sejam. Salah seorang kawannya menyifatkan perubahan nasib bekas anak berbakat luar biasa itu sebagai "amat menyedihkan", lebih-lebih lagi "anugerahnya [dalam bidang matematik] sebenarnya selama ini bagaikan sumpahan".
Bapanya Farooq Yusof pernah menjadi seorang perintis dalam proses pengajaran yang tidak terbukti secara saintifik bergelar hothousing. Dia pernah menjanjikan "banyak lagi Sufiah" sepanjang proses talian pengeluaran yang menggunakan teknik hothousing. Pada April 2008 dia mengaku bersalah atas tuduhan "mencabul dua orang gadis berusia 15 tahun ketika bertugas sebagai pengajar peribadi."
Sehubungan dengan itu, kerajaan Malaysia pernah merancang "Program Menyelamatkan Sufiah" untuk memulihkan Sufiah dan "membawanya kembali ke pangkal jalan yang betul," tetapi tidak lama kemudian menghentikannya.

( Sumber : Wikipedia )